fbpx

Ditanya Isu Rumah Tangga, Wartawan ‘Koyak’ Dengan Jawapan Noh Salleh

Tiada angin tiada ribut, hangat diperkatakan mengenai vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh apabila rumah tangganya bersama Mizz Nina yang didakwa bermasalah.

Bagaimanapun, Noh menafikan gosip tersebut serta mengatakan dakwaan itu tidak benar. Malah, Noh juga mengatakan dia juga tidak sangka cerita seperti itu boleh timbul.

BACA: Noh Salleh Nafi Rumah Tangga Bermasalah

Malah, Noh juga sempat menyindir dan mempersoalkan kredibiliti media yang sibuk mengambil tahu mengenai tahu peribadinya berbanding kerjayanya sebagai anak seni.

@kosmoonline

Penyanyi Noh Salleh mengulaS berhubung spekulasi keretakan rumah tangganya bersama Mizz Nina yang hangat diperkatakan di sebuah laman sembang sebagai berita palsu.beritatiktok newstrending

? original sound – Kosmo! – Kosmo!

“Dah ketandusan cerita ke? Orang lebih suka kisah peribadi berbanding apa yang saya kerjakan,” katanya.

Mungkin terasa dengan jawapan diberikan penyanyi itu, seorang wartawan yang berada disitu seakan ‘koyak’. Bagaimanapun, wartawan itu menegaskan dia hanya mendapatkan kesahihan daripada tuan badan sendiri mengenai khabar angin tersebut.

“Kenapa pula cakap media? Benda ini datang dari media sosial. Daripada kita percaya benda itu, lebih baik kita tanya kepada tuan punya badan sendiri sedangkan sudah berada di depan mata, kan?” jawab wartawan berkenaan.

Sementara itu, menerusi video dimuat naik di TikTok Kosmo Online, rata-rata netizen mengatakan pertama kali mereka melihat pihak media yang ‘koyak’.

Dalam pada itu, ada netizen berpuas hati kerana akhirnya ada artis yang bijak apabila berhadapan dengan media.