fbpx

Mesej Suami Orang, Joy Revfa Digelar ‘Perempuan Jalang’

Tak pasal-pasal usahawan kosmetik, Joy Revfa digelar ‘perempuan jalang’ gara-gara menghantar mesej dengan emoji cium dan panggilan manja kepada suami orang. Bagaimanapun, Joy tampil memohon maaf dan menjelaskan mesej tersebut dihantar secara rambang.

Menerusi Facebook, Joy menjelaskan dia tidak mengetahui ada stokis dan ejen produknya ada dikalangan lelaki yang sudah berkahwin memandangkan gambar di aplikasi WhatsApp tidak menggunakan foto sebenar.

BACA: Joy Revfa Rancang Nikah Di Masjid Lepas Aidilfitri

Joy turut berkongsikan foto paparan skrin seorang wanita yang berang dengan mesej mesra yang dihantar kepada suaminya.

Enggan memanjangkan salah faham itu, Joy tampil membuat permohonan maaf kepada para-para isteri yang terbaca mesejnya yang dihantar kepada suami mereka dan menegaskan bahawa ia bukanlah bersifat peribadi.

Perkongsian Joy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur malah ada yang menganggap wanita tersebut terlalu sensitif sehingga timbul salah faham.