fbpx

Joy Revfa Rancang Nikah Di Masjid Lepas Aidilfitri

Bimbang dengan penularan COVID-19, usahawan kosmetik Joy Revfa memilih untuk bernikah secara tertutup selepas Hari Raya Aidilfitri. Menurut Joy, dia merancang untuk langsungkan pernikahan di masjid namun bergantung pada keadaan ketika itu.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Katanya lagi, majlis pernikahannya itu hanya dihadiri oleh beberapa orang sahaja dan selepas itu baru difikirkan tentang majlis resepsi. Ujarnya lagi, dia akan mematuhi arahan kerajaan jika tidak dibenarkan untuk mengadakan majlis.

BACA: Joy Revfa Selamat Bertunang Dengan Rakan Kongsi

“Kalau ikutkan perancangan memang kami nak melangsungkan pernikahan selepas sambutan hari raya nanti. Tapi buat masa sekarang saya hanya rancang nikah di masjid dan mungkin hanya dihadiri beberapa orang sahaja.

“Kemudian selepas itu baru fikirkan untuk majlis resepsi pula. Tapi semua itu bergantung juga kepada keadaan. Kita tak tahu sampai bila krisis penularan wabak COVID-19 ini akan berlanjutan.

“Apa-apa pun, InsyaAllah saya akan patuhi arahan kerajaan jika tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang majlis,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Joy selamat mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan dikenalai sebagai Z.A pada 14 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Bagaimanapun, wajah jejaka tersebut masih dirahsiakan kerana Joy bimbang tunangnya itu diganggu oleh pihakluar dan hanya akan mendedahkannya selepas mereka melangsungkan pernikahan.