fbpx

“Mereka Yang Kecam ElFaris Tak Restu Kehendak Allah”

Rata-rata pelbagai komen negatif dilemparkan sejak Elfira Loy dan Faris Khairol melangsungkan perkahwinan. Turut terkesan Datuk Aznil Nawawi yang terkilan dengan kata-kata nista netizen buat pasangan ini.

BACA: Sekitar Majlis Resepsi Pertama Perkahwinan ElFaris

“Mereka berdua ni ibarat anak kepada Pak Nil. Elfira antara bakat yang Pak Nil temui ketika Program TomTomBak masa usianya mungkin dalam 14 tahun. Kalau ada masalah sering jugak dapatkan pandangan Paknil”

“Faris Anuar pula adalah anak didik Pak Nil di On Air Astro On Air Talents. Ilmu pengacaraan dan penyampaian ada padanya tapi dia beri tumpuan pada kariernya. Apa pun, kedua-dua mereka disatukan atas kehendak Allah.

“Pada mereka yang bertutur kesat, atas jodoh mereka bermakna mereka tidak restu perancangan Allah. Doakan hubungan mereka dan jaga hubungan kita dengan Allah. Tahniah anak2 ku!,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, Elfira yang turut menyedari posting ucapan Pak Nil turut meninggalkan komen terima kasih buat pelakon dan pengacara veteran itu yang banyak menyokong kerjaya seninya. (rtky/w)