fbpx

Status ‘Ibu Tunggal’ Hana Azraa Timbulkan Persoalan

Beberapa bulan lalu, rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dan Hana Azraa dikatakan di ambang perceraian apabila Hana sendiri mendedahkan bahawa mereka bakal bercerai dan sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

Bagaimanapun, PU Abu menafikan dakwaan isterinya itu dan menjelaskan mereka masih lagi pasangan suami isteri dan kemudian kisah mereka senyap begitu sahaja.

BACA: Hana Azraa Pelik PU Abu Menafikan Rumah Tangga Bergolak

Nampaknya, rumah tangga pendakwah bebas itu sekali lagi menjadi perhatian apabila Hana Azra mengemaskini bio Instagram dengan meletakkan status ‘Single Mommy’. Malah, Hana juga menukar gambarnya tidak lagi berniqab.

Kedua-dua mereka juga dilihat sudah saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing. Hana turut memuat naik status di Insta Story miliknya seolah memberi bayangan keadaan dan situasi yang dihadapinya.

Nama Hana Azraa menjadi perhatian umum apabila bekas isteri PU Abu iaitu Ain Afini mendedahkan telah diceraikan suaminya selepas memilih untuk bernikah dengan Hana yang berstatus janda anak satu.