“Mereka Bukan Tuhan Untuk Menilai Saya”

Kami pun tidak pasti apa yang tidak kena dengan Iqram Dinzly, tapi bagi yang mengikuti perkembangan beliau pasti perasan kelakuan peliknya. Menyedari hal itu, Iqram mendakwa mereka yang menilai begitu hanya busuk hati melihat keadaan dirinya yang semakin bahagia.

BACA: Parking Sesuka Hati, Iqram Dinzly Digelar Bodoh

“Tiada yang pelik dan netizen tidak perlu menyibuk apa saya buat. Mereka bukan Tuhan untuk menilai saya. Saya menjadi diri sendiri, Saya hanya makan epal hijau dan buah-buahan di kediaman saya, Talaqqi Dinzly Studio”

“Tambah pula saya mengambil aura dan semangat arwah bapa kerana tempat itulah dia selalu makan dan menghabiskan masanya. Saya ingin maklumkan yang kehidupan saya jauh lebih bahagia berbanding sebelum ini. Banyak perkara yang saya cari selama ini”

Baru-baru ini kecoh seketika apabila Iqram menerusi video live di Instagram, beraksi lucah sambil memakan buah epal serta menunjukkan aksi seperti mempunyai payudara wanita. Bukan kali pertama berkelakuan pelik, ramai mendakwa beliau sudah gila sejak kematian bapanya.

“Sesat barat saya fikirkan namun bersyukur saya kini menemui kebahagiaan selepas segala pengajaran dan ilmu yang ditimba dengan guru yang bersama sepanjang 36 tahun saya hidup,” katanya kepada Harian Metro yang kini mahu dikenali sebagai Princhiqy Dinzly. (rtky/w)

×