fbpx

“Mengenang Tak Salah Tapi Jangan Sampai Obses” – Fynn Jamal

Umum mengetahui, penyanyi Fynn Jamal rajin melayan soalan-soalan daripada pengikutnya dan dikongsikan di Insta Story untuk tatapan umum.

Baru-baru ini, Fynn diajukan soalan mengenai keperluan mengenang jasa orang yang telah meninggal dunia dan Fynn menggariskannya dengan hadis Rasullulah ia perlu dilakukan dengan kadar sederhana.

BACA: Fynn Jamal Cuci Tangan, Tak Mahu Ambil Tahu Masalah Orang

Fynn berkata, mengenang kebaikan arwah itu tidak salah tetapi jangan sampai melampaui batas. Fynn turut menegur tindakan pengikut yang gemar meromantiskan sebuah kematian sehinggakan ada yang dilihat terlalu obses.

“Berpada. Puji tak salah. Mengingat tak salah. Tapi berpada. Ingat sentiasa, syaitan sentiasa ada di luar garis berpada-pada itu. Jangan kita lupa, berhala pertama atas dunia ini terjadi apabila mengagungi orang-orang soleh secara berlebih.

“Dibinakan tugu, dipuji puja, dibuat tribute segala. Ini, jangankan hanya tribute, kita sulam sekali dosa-dosa,” katanya.

Dalam pada itu, Fynn menegur jika benar kita kasih dan sayangkan orang baik yang sudah pergi, mengapa perlu diulang dosa-dosa silamnya atau rosakkan keindahan yang Allah sudah berikan.

“Kalau sungguh kita kasihkan orang baik yang dah pergi itu, kita tak akan rosakkan keindahan yang Allah SWT dah berikan pada dia bukan?”katanya.