fbpx

‘Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta’ Kembali Hit Kerana Zamani

Walaupun penyanyi Zamani gagal membawakan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada konsert Gegar Vaganza Ahad lalu, namun disebabkan penyanyi itu juga, lagu nyanyian asal oleh kumpulan Flybaits itu menjadi perhatian ramai terutamanya buat generasi baru.

Lebih mengejutkan, lagu yang pernah popular di zaman 80-an itu muncul dalam carta penjualan lagu di iTunes sejak Isnin lalu dan berada di kedudukan ke-15 dalam carta keseluruhan iTunes Malaysia manakala ke-11 menerusi carta lagu Pop.

BACA: “Zamani Mungkin Pulangkan Imuniti, Tak Adil Buat Yang Lain”

Menerusi ruangan komen muzik video lagu itu di Youtube, rata-rata netizen mencari lagu itu kerana Zamani. Ada diantara netizen mengatakan sebelum ini tidak pernah mendengar lagu tersebut, namun terus meminati lagu itu disebabkan Zamani.

Tidak kurang juga ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi lagenda itu dan mendoakan agar beliau cepat sembuh.

Terdahulu, Zamani diumumkan sebagai peserta yang tersingkir namun diselamatkan oleh Datuk Aliff Syukri selaku penaja yang menggunakan kuasa imuniti untuk mengekalkan penyanyi tersebut. Namun, setakat ini Zamani belum membuat keputusan untuk menerima imuniti tersebut atau tidak.