Umum mengetahui, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shuhada meluahkan rasa syukur apabila berpeluang melihat pintu Kaabah dibuka.
BACA: Shuhada Doakan Hafidz Roshdi Bahagia Dengan Wanita Pilihan
View this post on Instagram
Dapat dilihat dalam video dikongsikan, rata-rata jemaah berada disitu menuju ke arah Kaabah untuk merakamkan momen istimewa itu sebagai kenangan.
Menurut Shuhada lagi, dia turut rasa bertuah kerana diberi peluang untuk memegang kain lap dinding Kaabah.
“Maka nikat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Aku bersyukur Ya Allah atas semua nikmat dan ujianmu, Alhamdulillah,” tulisnya.
Perkongsian Shuhada itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan rasa syukur serta mengatakan ianya pengalaman berharga dimana bukan semua jemaah dapat melihat momen tersebut.