fbpx

Mengaku ‘Single’, Remy Ishak Putus Tunang?

Sudah hampir dua tahun mengikat tali pertunangan, Remy Ishak kerap kali ditanya tentang pernikahan. Sebelum ini Remy memberitahu dia belum bersedia untuk berkahwin. Jelasnya lagi, selain komitmen kerja, ada beberapa hal peribadi perlu diberi perhatian dahulu.

Bagaimanapun, baru-baru ini timbul pula khabar angin mengatakan Remy sudah kembali solo. Menerusi satu video Live baru-baru ini, Remy mengaku dirinya sudah single dan tiada siapa yang inginkan dirinya.

BACA: “Saya Sibuk Kerja, Bukan Tak Mahu Kahwin”

https://youtu.be/ARsTTyvROoQ

“Tak apa dik, tak ada orang nak dekat abang dah. Kalau hensem-hensem tak ada orang nak, so kita gemuk pun tak apalah. Kita single kan,” katanya.

Tidak pasti sejauh mana kebenarannya, setakat ini tiada kenyataan daripada Remy mengenai status hubungan dengan tunangnya Ezza Yusof. Mungkin Remy hanya bergurau sahaja. Apa pun harapnya semuanya baik-baik sahaja.