Mengaku Bacaan Tak Sempurna, Lisa Surihani Terus Istiqamah Mengaji Al-Quran
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuat kuasakan oleh kerjaan di seluruh negara, Lisa Surihani melakukan cabaran #dudukrumahchallenge mengisi masa terluang dengan membaca kitab suci Al-Quran.
Menerusi perkongsian di Instagram, Lisa berkata meskipun bacaanya masih belum sempurna namun dia mendapat galakan dan kata-kara semangat daripada rakan-rakannya untuk terus istiqamah daripada tidak mengaji langsung.
BACA: Lisa Surihani Berdoa Mahu Jadi Yang Lebih Baik
Lisa turut berdoa semoga Allah merahmati semua umat Islam dengan Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Lisa turut memohon semua umat Islam diberikan kesempatan untuk dapat membaca Al-Quran.
“Kerana bacaanku tak sempurna. But my dear sisters (the khadijahs) and friends keep encouraging. Dia galakkan. “Daripada tk buat langsung, Lisa?” Moga istiqomah,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar Lisa kekal istiqamah untuk membaca al-Quran. Malah, netizen turut memuji perkongsian Lisa itu kerana boleh memberi manfaat serta inspirasi kepada umat Islam lain untuk membaca Al-Quran.
bgusla sbb blajar al quran. akk pun nk blajar jgk
Yg ni aku sokong..dr sebok kempen dok buat senaman dlm rumah..terkinja2 mcm berok..kalau dok flat kesian org bawah dgr ko melompat2 dr atas.