fbpx

Lisa Surihani Berdoa Mahu Jadi Yang Lebih Baik

Tahun lalu merupakan hijrah buat Lisa Surihani yang membuat keputusan untuk berhijab selepas pulang daripada mengerjakan Umrah. Rata-rata netizen gembira di atas perubahan baiknya itu dan memuji pelakon itu yang cantik bertudung.

Menjengah tahun 2020, Lisa meluahkan rasa syukur di atas rezeki yang tidak putus-putus diberikan daripada Allah. Lisa berkata lagi dia mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini.

BACA: Lisa Surihani Syukur Allah Pinjamkan Penglihatan Buat Kali Kedua

“Alhamdulillah, rezeki daripada Allah SWT. Saya Cuma mahu lakukan yang terbaik untuk keluarga saya. Saya juga mahu menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Itulah doa saya setiap hari. Jika ditanya apa azam baru saya menjelang 2020, jujur saya tidak ada azam.

“Saya mahu melakukan yang terbaik sebagai isteri, anak, ibu dan rakan,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Lisa berkata jika sesuatu yang dirancangnya itu tidak terlaksana ia dia percaya itu adalah ketentuan Allah dan kita sebagai manusia perlu terus berdoa dan berusaha.

“Apapun jika apa yang dirancang tidak menjadi, kita kena terima ketentuan daripada Illahi tapi yang penting jangan penat untuk berusaha. Kita merancang tetapi Allah yang tentukan. Apa yang boleh kita lakukan ialah berdoa dan memohon daripadaNYA,” katanya.