Pelakon Diana Danielle tampil menjelaskan kenyataannya semasa temu bual berhubung sebutan kes hadanah tengah hari tadi supaya tidak timbul salah faham.
Memetik mStar, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Diana berkata mencari penyelesaian bukan bermaksud dia mahu kembali kepada Farid.
BACA: “Ini Bukan Soal Menang Atau Kalah, Tapi Keadilan Buat Anak-Anak” – Diana Danielle
“Mencari penyelesaian bukan bermaksud kembali bersama. Jangan salah faham pula dengan kenytataan saya,” tulisnya.
Sebelum ini, Diana meluahkan rasa syukur sebutan kes berjalan lancar dan dia hanya mahu menyelesaikan hak penjagaan anak mereka dengan baik.
“Ini bukan soal menang atau kalah, sebaliknya mahu adil kepada anak-anak. Sebutan kes hari ini berjalan dengan baik dan saya tidak mahu bercakap secara terperinci, cuma mendoakan yang terbaik. Dan diharapkan kita boleh membuat kesimpulan dan penyelesaian,” katanya.
Terdahulu, mahkamah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak diberikan kepada Diana.