fbpx

Pelakon Diana Danielle enggan mengulas lebih terincin mengenai sebutan kes hadanah membabitkan hak penjagaan dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Memetik Harian Metro, Diana meluahkan rasa syukur sebutan kes berjalan lancar dan dia hanya mahu menyelesaikan hak penjagaan anak mereka dengan baik.

BACA: “Saya Tak Pernah Berhenti Usaha Cari Isteri, Anak” – Farid Kamil

“Ini bukan soal menang atau kalah, sebaliknya mahu adil kepada anak-anak. Alhamdulillah, sebutan kes hari ini berjalan dengan baik dan saya tidak mahu bercakap secara terperinci, cuma mendoakan yang terbaik. Dan diharapkan kita boleh membuat kesimpulan dan penyelesaian,” katanya.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai keadaan Aurora, Diana enggan mengulas bagi menjaga ruang peribadi anaknya itu.

“Alhamdulillah, saya melindungi ruang peribadinya. Saya tak mahu cakap banyak,” katanya.

Difahamkan, hari ini Diana dan Farid hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shaj Alam bagi sebutan kali pertama kes hadanah iaitu hak penjagaan dua anaknya.