fbpx

Wany Hasrita Hadiahkan Kereta Untuk Ibu

Disebalik kejayaan seorang anak sudah tentunya ada insan bernama ibu yang menjadi tulang belakang. Baru-baru ini, penyanyi Wany Hasrita baru saja menerima hadiah kereta Citroen C4 Picasso L2 apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH Ke-31 pada awal Oktober lalu.

Sempena dengan kejayaan tersebut Wany menghadiahkan kereta tersebut buat ibu tersayang, Norita Jaafar. Kata Wany, kemenangannya itu lebih bermakna apabila dapat berkongsi kegembiraan itu bersama insan yang sanggup berkorban untuk membesarkannya selama ini.

BACA: “Saya Tetap Kata Wany Hasrita Tak Layak Menang”

“Kereta yang dimenangi ini dihadiahkan kepada ibu yang menjadi idola dan tulang belakang kekuatan saya sejak dulu. Rezeki daripada kemenangan itu juga memudahkan pergerakan ibu untuk menjalani rutin harian.

“Alhamdulillah, rezeki ini dapat kami kongsi bersama selepas mengharungi susah dan senang. Lagipun, ibu belum membenarkan saya untuk memandu sendiri kerana bimbangkan keselamatan,” katanya kepada BH Online.

Apa pun, perjalanan seni Wany masih jauh dan pastinya hari mendatang akan lebih mencabar buat penyanyi ini. Semoga Wany akan terus menyinari dunia hiburan tanah air.