fbpx

“Menantu & Besan Sehingga Akhir Hayat Kami” – Patimah Ismail

Umum mengetahui, meskipun sudah berpisah dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof, namun pelakon Puteri Sarah menjalin hubungan baik dengan keluarga mentuanya.

Sempena hari raya baru-baru ini, Puteri Sarah tetap meraikan bersama ibu bapa mentuanya. Malah, ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail turut memuat naik gambar bersama besannya.

BACA: “Keluarga Kami Sudah Tidak Lengkap” – Patimah Ismail

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Patimah Ismail (@patimah8057)

Menerusi entri itu, Datin Patimah turut menulis kapsyen mengatakan Puteri Sarah dan ibu bapanya merupakan menantu serta besannya sehingga ke akhir hayat.

Perkongsian Datin Patimah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen menyifatkan beliau dan Datuk Yusof Haslam contoh ibu bapa mentua yang baik serta boleh dijadikan contoh. Dalam pada itu, ramai mendoakan agar hubungan tersebut akan berkekalan sehingga ke syurga.