fbpx

“Keluarga Kami Sudah Tidak Lengkap” – Patimah Ismail

Isteri kepada pengarah terkenal Datul Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa sayu apabila ketiadaan anaknya, Syamsul Yusof ketika sambutan hari raya beberapa tahun kebelakangan ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Datin Patimah memuat naik semula video oleh menantunya memaparkan koleksi foto sambutan raya sejak 2014 sehingga 2023.

BACA: “Percayalah, Bella Bukan Berlaku Curang” – Datin Patimah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Patimah Ismail (@patimah8057)

Menerusi video tersebut, dapat dilihat ketiadaan Syamsul pada tahun 2022 dan 2023. Datin Patimah turut menulis kapsyen berbunyi, “Keluarga kami sudah tidak lengkap”.

Sementara itu, turut menjadi perhatian komen Datin Patimah menyatakan tidak menyokong anak bukan bermakna mereka tidak sayangkan anak.

Pada Jun tahun lalu, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah berakhir apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.