fbpx

Menang FFM30, Nam Ron Mahu Bikin Filem Rasuah Menteri

Filem arahannya, One Two Jaga dinobat sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia 30 (FFM30), Nam Ron memberitahu beliau akan terus menghasilkan karya tentang realiti kehidupan yang dekat dengan masyarakat.

Menurut Nam Ron lagi, selepas ini beliau merancang untuk menghasilkan sebuah filem berkaitan rasuah dalam kalangan menteri atau pemimpin kerajaan.

BACA: Seminggu Tak Makan, Nam Ron Nyaris Jadi Perompak

“Setiap karya mesti kena ada satu suara dan saya masih berpegang pada prinsip itu. Bukan sekadar filem tapi karya yang mengisahkan masyarakat dan realiti kehidupan kita.

“Sebab itu saya akan terus hasilkan filem seperti itu. Mungkin juga selepas ini saya boleh buat filem fasal amalan rasuah dalam kalangan menteri pula,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Nam Ron turut berkongsi cerita mengenai One Two Jaga, dimana bukan mudah untuk filem tersebut mendapat kelulusan daripada pihak Lembaga Penapis Filem.

Filem One Two Jaga berjaya membawa pulang lima trofi lain iaitu pengarah terbaik (Namron), Cerita Asal Terbaik (Pitt Haniff, Muhammad Syafiq dan Namron), Poster Terbaik (Jazz Pictures), Lakon Layar Terbaik (Amri Rohaiyat, Fared Ayam dan Nam Ron) serta Pelakon Lelaki Terbaik (Rosdeen Suboh).