Baru-baru ini pelakon veteran, Jalil Hamid meluahkan rasa sedih dengan industri tanah air yang membayarnya dengan harga yang murah walaupun pelakon itu seorang lagenda dan sudah memenangi banyak anugerah. Turut merasa sakit yang sama, Noorkhiriah memberikan pendapat.

BACA: Dulu Pernah Cukur Kening, Noorkhiriah Akui Menyesal



“Berat mata mandang berat lagi bahu memikul, bertabahlah Abang Jalil. Saya faham apa yang Abang rasa, namun saya tak kuat untuk luahkan semua. Saya sendiri adalah beberapa award namun tetap terima nasib sama macam Abang”

“Award tak menjanjikan bulan bintang, gaji yang tinggi even job pun, andai kita dah tak diperlukan lagi. Award tu hanyalah sekadar bukti pada anak cucu kita yang kita pernah menang satu masa dulu”



Jelas Khiriah dimata industri sekarang, penampilan fizikal dan kontroversi menjadi ukuran seseorang itu untuk popular dan mendapat tawaran kerja. Biarpun memenangi banyak anugerah, ianya tidak menjanjikan wang untuk sara hidup.

“Industri kini andai kau muda, cantik boleh jual, kontrovesi berbakul, yes, itu yang dibayar mahal, job bsusun dan bakat tolak tepi. Award tak menjanjikan apa-apa, even nak buat batu nisan pun tak laku, maka bertabah dan sabar,” katanya.

Untuk selebriti muda yang baru berjinak dalam dunia hiburan tanah air mungkin boleh mengambil sedikit sebanyak nasihat dan pengajaran daripada pelakon-pelakon veteran ini. Muda tidak selamanya, sama seperti kemasyuran. (rtky/w)