fbpx

Dulu Pernah Cukur Kening, Noorkhiriah Akui Menyesal

Selepas drama Nur melonjakkan namanya kembali, pelakon berbakat besar Noorkhiriah menjadi perhatian ramai terutama sekali di media sosial. Norkhiriah juga antara selebriti yang sering berinteraksi dengan pengikutnya.

Baru-baru ini, Norkhiriah mendedahkan dia pernah mencukur kening ketika zaman muda dan mengakui menyesal di atas tindakannya itu.

Menerusi Instagram, Norkhiriah menjawab soalan dari peminat yang bertanyakan sama ada pernah mencukur bulu dibahagian tersebut dan dia secara jujur mengakui pernah melakukannya.

https://www.instagram.com/p/BmSg7GzhJ2x/?utm_source=ig_embed

“Ya dik, dulu akak cukur kening akak. Tapi sekarang tak. Macam ni tengok, kening akak, dia memang tak nak tumbuh. Zaman akak jahiliah dulu memang akak cukur, but nowadays no more. No more cukur-cukur. Menyesal uols,” katanya.

Dalam pada itu, Nurkhiriah turut menjawab pertanyaan peminatnya mengenai sebab dia mengenakan hijab dan turut memberikan nasihat buat mereka yang mahu bertudung.

“Nyawa ni Allah punya! Apa Allah suruh buat, kita buat sebab tu baru akak sedar. Tutup aurat ni perintah Allah, moga istiqamah. Semua benda susah mula-mula tapi lama-lama kita akan biasa. Benda-benda kebaikan ni memang kena paksa,” ujarnya.