fbpx

“Menang Anugerah Bersama Kenangan Paling Manis”

Memenangi anugerah bersama dalam kategori Pelakon TV Lelaki dan Wanita Popular, pasangan sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura menyifatkan ianya kenangan paling manis buat mereka.

Gandingan menerusi drama Hero Seorang Cinderella paling bermakna buat pasangan tersebut kerana dari situlah bermulanya perkenalan mereka kemudian timbul bibit cinta dan seterusnya ke gerbang perkahwinan.

BACA: Peminat Bengang Fattzura Tak Tercalon Di AME 2018

“Hero Seorang Cinderella banyak memberikan kenangan manis kerana kami bertemu di lokasi drama itu, bercinta dan seterusnya berkahwin.

“Malam ini, kami menang pula anugerah utama bersama, selain Pasangan Serasi Drama menerusi drama itu. Ia memang kenangan paling manis dan melakar sejarah tersendiri buat kami,” katanya kepada BH Online.

Dalam masa sama, Fazura turut meluahkan rasa terharu di atas sokongan tidak terhingga dari peminatnya yang selama ini menjadi sumber kekuatan dalam perjalanan seninya selama ini.

“Melihat kesungguhan peminat yang mengundi siang dan malam, saya sangat terharu. Menang atau kalah, bukan persoalan. Mereka adalah kekuatan saya,” katanya

Selain memenangi anugerah utama bersama, Fattah dan Fazura turut menang dalam kategori online Pasangan Serasi Drama menerusi drama yang sama, Hero Seorang Cinderella.