fbpx

Lagu ini khabarnya di’cipta oleh Shila Amzah selepas beliau kecewa kerana putus cinta dengan Sharnaaz Ahmad sekitar Februari 2013 yang lalu. Lagu berjudul Masih Aku Cinta ini mendapat reaksi positif para peminat yang memahami perasaan penyanyi ini.

Kisah lama. Tapi masih dikenang ramai sehingga hari ini. Termasuklah dalam kemelut hubungan teman tapi mesra beliau dan Johan As’ari ketika ini.

Hari ini secara rasmi buat pertama kali sejak bekerjasama dengan Warner Music Malaysia, Shila Amzah melancarkan video muzik rasmi untuk lagu Masih Aku Cinta ini yang turut menampilkan lakonan Johan As’ari sebagai pasangan kekasih beliau.

Kalau diperhati jalan cerita video muzik ini, ada persamaan dengan kisah cinta Shila Amzah tetapi ianya di’refleksikan menerusi watak yang di’bawa Johan As’ari. Enjoice! (rtky/m)