Selepas hampir seminggu berdiam diri selepas Jep memuat naik kenyataan, pelawak Shuib memuat naik hantaran membuat permohonan maaf terhadap sahabatnya itu.
Menerusi hantaran di Instagram, perkongsian Shuib itu turut mendapat pelbagai reaksi di kalagan netizen termasuk komen ditinggalkan oleh Rahim Sepahtu.
BACA: Jep Mohon Maaf, Sudah Ambil Tindakan Undang-Undang
Dalam komen tersebut, Rahim berkata jangan biarkan ego menjadi penghalang yang memisahkan sesuatu hubungan.

“Jika kita sedar kita akan kehilangan seseorang kerana kesilapan kita sendiri. Jangan biarkan ego menjadi perkara terakhir yang memisahkan kita,” tulisnya.
Kata Rahim lagi, mungking permohonan maaf tidak mampu kembalikan masa atau mengubah apa yang berlaku namun boleh menjadi tanda penyesalan seseorang.
Tambah Rahim lagi, permohonan maaf tidak membuatkan seseorang itu menjadi hina sebaliknya menunjukkan hati mempunyai kesedaran serta hargai individu yang disakiti.
“Kerana ada “maaf” yang mungkin tidak mampu mengembalikan masa, tetapi mampu membuat hati seseorang tahu… bahawa kita benar-benar menyesal. Meminta maaf tidak pernah menjadikan kita hina.
“Kadang-kadang, sebuah “maaf” adalah tanda bahawa hati kita masih punya rasa, jiwa kita masih punya kesedaran, dan kita masih menghargai seseorang yang pernah kita sakiti. Kerana manusia yang paling mulia bukan manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan.
“Tetapi manusia yang apabila tersedar telah tersilap, dia berani mengaku, berani meminta maaf dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi,” tulisnya.
Semalam dalam satu hantaran video, Shuib memohon maaf secara terbuka kepada Jep susulan sindiran dalam satu podcast Dol’s Podcast.