fbpx

Abby Abadi Selamat Lahir Bayi Pramatang Seberat 535 Gram

Selepas enam hari dimasukkan ke hospital selepas mengalami tekanan darah tinggi, Abby Abadi akhirnya selamat melahirkan bayi lelaki pada 10.45 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh secara pembedahan.

Perkara itu turut dimaklumkan oleh suaminya, Faizal Zakaria menerusi akaun Instagram. Menurut Faizal, isteri dan anaknya yang dilahirkan seberat 535 gram itu berada dalam keadaan sihat.

BACA: Abby Abadi Beri Gambaran Hamil Pada Usia 42 Tahun

“Alhamdulillah, kedua-dua mereka selamat. Tetapi bayi kami masih dalam pemantauan doktor dan diletakkan di wad NICU (wad penjagaan intensif untuk bayi) kerana lahir tak cukup bulan,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Faizal memaklumkan isterinya terpaksa dibedah demi menyelamatkan kedua-dua nyawa mereka selepas mengalami tanda-tanda untuk bersalin meskipun bayi baru saja berusia 23 minggu.