“Memang Status Sindiran Itu Ditujukan Kepada Jihan”
Kemelut antara Aishah dan Datuk Seri Vida akhirnya telah menemui jalan noktah. Namun, status Aishah di Intagram menimbulkan persoalan orang ramai seolah menyindir pengacara Jihan Muse.
Bagaimanapun, Aishah mengakui status sindiran itu sememangnya ditujukan kepada Jihan. Menurut Aishah, Jihan dan Nabil Ahmad sepatutnya dikhendaki hadir ke mahkamah bagi kes tuntutan terhadap Vida.
BACA: Jihan Muse Enggan Komen Isu Sindir Aishah & DSV
Jelas Aishah lagi, Jihan dan Nabil perlu menjadi saksi disebabkan mereka berada di pentas Gegar Vaganza musim keempat (GV4).
“Memang saya tulis status tersebut untuk ditujukan kepada Jihan sebab dia dan Nabil sepatutnya disepina supaya hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan.
“Malangnya, pihak peguam saya susah nak sampaikan sepina itu hinggakan peguam dan bercadang untuk keluarkan iklan untuk cari dia.
“Segala urusan yang kami buat semua dalam lingkungan yang dibenarkan oleh undang-undang. Bukan saja-saja nak minta sesiapa masuk campur.
“Mereka berdua disepina sebab berada di pentas GV4 dan mereka juga mengumumkan hadiah pemenang termasuk hadiah barang kemas tajaan DSV,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Aishah berkata selepas dia mengumumkan mengenai status kes tersebut dan kemenangan berpihak padanya barulah Jihan menghubungi peguamnya untuk memberikan kerjasama.
Terdahulu, Aishah memberi kenyataan balas selepas menyedari kenyataan Jihan yang didakwa menyindir dengan menyifatkan dirinya dan DSV adalah dua gajah sedang bergaduh dan dirinya ibarat pelanduk menjadi mangsa tersepit di tengah-tengah.
- SUMBER
- mStar Online
Aishah tak perli Jihan. Dia memang tegur Jihan direct! Perli lain. Perli tu perangai org penakut. Aishah berani, sebab dia tau dia benar.
Org yg disapina adalah org yg dipercayai boleh bantu bagi keterangan. Dlm kes ni aku percaya si badut perempuan ni mesti pernah membawang pada Aishah pasal DSV. So Aishah percaya keterangan tu boleh bantu dia di mahkamah. Malangnya apabila dia perlu bantuan, si badut acah diva tu tak nak bagi keterangan sebab tak nak hilang job lah senang cakap. Itu tak apalah itu hak dia. Tapi siap up status gajah pelanduk tu memang babilah. Ko persendakan seorang profesional yg terpelajar sedangkan pelajaran ko tak setinggi mana. Harap ke popular tapi otak kosong dan tak ada misi nak selamatkan org teraniaya. Itulah artis haprak malaysia. Belajar takat spm and lepas tu bodoh! You go Aishah. Wanita berpendidikan tinggi moden dan berani. Biar orang cakap apa, DSV pun dah senyap skrg tak berani cakap apa apa statement sebab dia tau dia berhadapan dgn Aishah!
Betul… Langsung xde rase hormat… Sombong dan ego.
Kuih talam dah ade nama commercial @ kuih talam jihan.. hehehhehe..
nyampah aku dgn jihan suke perli2 org.. kampung sgt perangai!
Jihan faham ker tak maksud disepina tu apa. Tetiba jihan perli bab gajah bergaduh dengan gajah. Ala2 pelanduk tersepit. Ape ker bodo pemikiran itu. Dah memang jihan pengacara gv time tu kan. Golongan artis pun tak bantu sesama sendiri padahal memang jelas berlian 80k yang dicanang secara langsung itu adalah palsu.