fbpx

Jihan Muse Enggan Komen Isu Sindir Aishah & DSV

Meskipun kemelut antara Aishah dan usahawan Datuk Seri Vida sudah pun berakhir, namun timbul isu baru pula apabila status yang dimuat naik oleh Aishah di Instagram seakan menyindir pengacara Jihan Muse.

Menerusi entri tersebut, Aishah berkata Jihan seolah tidak mahu memberikan kerjasama untuk hadir ke mahkamah untuk menjadi saksi bagi membantu menyelesaikan kes tuntutan terhadap Vida.

BACA: Aishah Sindir Jihan Muse Di Instagram?

Malah dalam satu kenyataan dimuat naik oleh Jihan, pengacara itu didakwa menyindir dengan menyifatkan Aishah dan DSV adalah dua gajah sedang bergaduh dan dirinya ibarat pelanduk menjadi mangsa di tengah-tengah.

Enggan memberikan komen berkenaan isu sindiran itu, Jihan menerusi syarikat pengurusannya berkata dia tidak harus memberikan sebarang kenyataan bimbang ianya akan disalah tafsir memandangkan kes tersebut sudah pun selesai.

“Bukankah kes sudah selesai, jadi saya tidak rasa harus memberikan sebarang kenyataan membabitkan kata-kata yang dimuat naik di Instagram sebelum ini.

“Lagipun kata-kata yang saya muat naik ini sudah lama dan ia tidak lagi relevan untuk diperkatakan apabila kes sudah selesai,” katanya.

Tegas Jihan lagi, dia bimbang andai mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan perkara itu akan disalah tafsir sekali gus mengeruhkan lagi keadaan dan hubungannya dengan mana-mana pihak,” katanya.