Sebelum ini, pelakon Rahim Omar memaklumkan akan membayar secara ansuran sewa rumah yang tertunggak dipercayai sebanyak RM7,000.

Menurut Rahim, dia sengaja tangguh bayaran selepas mendakwa pemilik rumah berkenaan memalukannya di media sosial. Dakwa Rahim lagi, dia ada pergi berjumpa dengan tuan rumah berkenaan namun pemilik berkenaan bercakap agak sombong.

BACA: “Saya Jumpa Tuan Rumah, Tapi Dia Sombong” – Rahim Omar Sengaja Tangguh Tak Bayar Sewa

Terbaru, seorang wanita dipercayai pemilik rumah sewa yang didiami pelakon itu tampil memberikan respon berkenaan kenyataan Rahim.

Menerusi hantaran di Threads, meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, wanita tersebut mendakwa pihaknya sudah berlembut namun dirinya pula dikatakan sombong sehingga perlu mengemis duit sewa.

Dakwa wanita itu lagi, pihak pelakon itu sudah berjanji untuk membayar secara ansuran namun sehingga kini tiada bayaran diterima.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut mendoakan agar pelakon itu berjaya dalam program realiti yang disertai agar dalam melunaskan semua hutang.

×