fbpx

Caj RM50 Untuk Ucap Birthday, Janna Nick Dikecam

Bak kata orang, ketika masih laku dan panas di pasaran, gunakanlah segala kelebihan yang ada. Sementara masih ada peminat dan orang nak ambil tahu pasal diri kita, gunalah sebaiknya. Namun lain pula bagi Janna Nick kerana dia dikecam gara-gara mengenakan caj RM50 untuk setiap ucapan hari lahir di Insta Story di akaun Instagram. Dapat 5,6 orang, setel sudah bil elektrik rumah.

BACA: Janna Nick Impikan Rumah Mewah RM12 Juta Sebelum Kahwin

Perkara itu dikonsikan di ruangan Insta Story. Tidak tahulah pula jika perkara tersebut adalah kerana godaman pihak tidak bertanggungjawab atau pun tidak mahu pun sekadar bergurau dengan peminatnya.

Namun sebagai empunya akaun laman sosial tersebut dan mempunyai kekuatan peminat yang menghampiri 4 juta, Janna berhak untuk memuatnaik apa saja’bukan?


Namun seperti biasalah warga laman sosial pastinya terkejut dengan perkara tersebut dan ada yang menyifatkan apa yang dilakukan oleh pelakon dan penyanyi ini adalah jalan mudah untuk mendapatkan wang. Apa pun, semoga impian Janna untuk memilik rumah berharga RM12 juta sebelum kahwin akan tecapai satu hari nanti. (rtky/s)