“Memang Mesra Sebelum Ini, Tapi Tak Pernah Bersentuhan”

Hangat nama Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa diperkatakan kebalakangan ini apalagi sejak video tangan menggigil ketika cincin disarungkan. Biarpun sudah beberapa hari diijabkabul, masih ramai mengkritik insiden rakaman berkenaan.

Terkilan terus dikecam, adik Nadzmi, Nadzim Adzham tampil bersuara. Menurutnya, selaku seorang yang cukup rapat dengan keduanya, mereka sangatlah menjaga batas, dan ‘aksi menggigil’ itu berlaku tanpa dirancang.

BACA: “Nyanyi Dalam Kereta Berdua Elok Je, Sarung Cincin Acah Malu”

Jelas Adzham lagi, setiap kali mereka keluar bersama dengannya, memang tidak pernah nampak mereka bersentuhan walaupun pasangan itu tampak mesra kerana mereka tersangatlah menjaga batas pergaulan diantara mereka.

Dalam masa sama, Adzham turut menafikan aksi menggigil ketika disarungkan cincin hanyalah lakonan, hanya kerana kerjaya mereka sebagai pelakon dan meminta netizen berhenti mengecam pasangan itu lagi.

Rata-rata netizen memahami penjelasan yang dibuat Adzham dan hairan mengapa insiden terbabit diperbesarkan. Ramai juga yang memuji dan kagum dengan sikap mereka yang menjaga batas pergaulan.

Terdahulu aksi Ardell yang menggigil ketika disarungkan cincin dikritik netizen apabila ramai mendakwa mereka ‘berdrama’, sebaliknya sebelum ini mereka bebas bertepuk tampar dan bersentuhan. (rtky/w)