fbpx

“Memang Darjat Ibu Kena Tinggikan Daripada Sesiapa Pun”

Pelakon Fizo Omar berpendapat darjat seorang ibu perlu diletakkan lebih tinggi daripada individu lain dan merupakan insan yang perlu diutamakan.

Menerusi TikTok Keluarga.my, Fizo berkata doa seorang ibu sangat mustajab dan tidak pernah ditolak. Fizo turut berpesan anak-anak boleh memberikan ‘gaji atau elaun’ setiap bulan sebagai tanda penghargaan atas doanya.

BACA: Fizo Omar Doakan Mawar Karim Bahagia Andai Benar Dah Kahwin

@keluarga.my

Darjat ibu ini adalah tinggi walaupun di mana kita berada. Sebab itu doa seorang ibu tiada hijab… #keluarga #majalahkeluarga #fizoomar

? Sad and lonely – MoppySound

“Patut semua orang dah tahu, memang ibu darjat kena tinggikan daripada sesiapa pun. Dia yang paling kita kena utamakan. Siapa yang masih ada ibu, tidak mempergunakan ibunya, dia rugi tau,” katanya.

“Guna itu macam mana? Guna ibu… ibu ini kau boleh bagi gaji bulanan, bagi elaun setiap bulan. Kerja dia apa? Kerja dia doa saja. Kerja dia minta saja, kau nak buat apa-apa hari-hari.

“Beritahu saja, hari ini nak keluar, nak buat ini la, busines ini, kerja ini, doa sikit. Doa ibu tak pernah ditolak tau. Kadang-kadang macam saya ini, saya tak hebat, saya pun tak tahu macam mana Allah bagi rezeki pada saya.

“Sebab saya ini rasa biasa-biasa saja. Ramai lagi orang lain yang lebih hebat, dari kerja kuat. Tapi mungkin, yang ini saya yakin… doa ibu saya. Hari-hari saya suruh dia doa,” katanya.

Dalam pada itu, Fizo berkata seseorang individu itu sangat rugi jika tidak menggunakan kelebihan ibu untuk mendoakan buat mereka.

“Takkan doa kosong saja. Berilah dia elaun dekat dia. Bagi gaji kat dia, semangat sikit dia nak doa untuk kita. Jadi, itu maksudnya saya mempergunakan ibu.

“Kalau orang yang ada mak, tak gunakan kelebihan seorang ibu, memang rugi sangat. Korang rugi sangat. Bila kita tahu darjat seorang ibu itu di sisi Allah S.W.T baru la kita tahu ‘uish power mak aku ini’.

“Baru kita sayang dia lebih. Semua nak berjaya kan, nak kaya, nak hebat, nak bahagia, gunalah mak. Mak saja access dengan Allah. Allah yang beri pada kita,” katanya.