fbpx

Fizo Omar Doakan Mawar Karim Bahagia Andai Benar Dah Kahwin

Pelakon Fizo Omar berkata dia ada mendengar khabar angin mendakwa bekas isterinya, Mawar Karim sudah berkahwin namun tidak pasti mengenai kesahihannya.

Memetik Hib Glam, Fizo berkata dia tidak mahu memandai-mandai mengenai perkara itu dan meminta agar bertanya sendiri kepada Mawar untuk kepastian.

BACA: Mawar Karim Terkejut Fizo Omar Terasa, Akui Masih Single

“Saya memang ada dengar khabar angin dia sudah mendirikan rumah tangga. Khabar angin itu datang dari pelbagai individu.

“Bagaimanapun tentang kepastian berita itu perlu bertanyakan sendiri dengan tuan punya badan. Saya dan dia berhubung hanya mengenai anak sahaja.

“Selebihnya saya tidak berani nak bercakap lebih. Tidak sesuai untuk saya bercakap tentang hal itu kerana hanya bekas suami,” katanya.

Sementara itu, Fizo mendoakan kebahagiaan bekas isterinya dengan pasangan pilihannya itu andai benar sudah berkahwin 

“Sekiranya betul dia sudah berkahwin, saya tumpang gembira dan bagus untuk dia. Itu akan jadi kelebihan kepada anak kami, Maryam sebab ada dua bapa dan dua ibu.

“Saya juga mendoakan dia bahagia dan gembira dengan pasangannya jika benar-benar sudah berkahwin. Bagi saya manusia ini diciptakan memang untuk berpasangan baik lelaki mahupun perempuan,” katanya.

Sebelum ini hangat diperkataan mengenai dakwaan usahawan jelita itu sudah menamatkan zaman janda dengan orang kenamaan.