fbpx

“Memang Che Ta Banyak Bantu Soal Kewangan”

Tidak dapat menafikan kewujudan mulut mulut yang menyatakan bahawa kehidupannya bergantung hasil titik peluh Che Ta, Zain Saidin sebagai suami mengakui isterinya itu banyak membantu dari segi kewangan.

BACA: Zain Saidin Siasat Pihak Salah Guna Gambarnya

“Saya dengan Che Ta memang bagai langit dan bumi. Saya suaminya, tetapi dari dalam banyak hal, dia memang kelihatan lebih daripada saya. Itu adalah hal yang tak dapat saya nafikan sama sekali. Memang Che Ta banyak membantu dalam soal kewangan keluarga kami”

“Sebagai suami, saya juga ada misi untuk keluarga di mana kalau boleh, saya sendiri mahu sara isteri dan anak. Impian saya, mereka tak perlu lagi bekerja suatu hari nanti. Cuma buat masa sekarang, rezeki Che Ta tengah hebat, kenapa perlu disekat-sekat?”

“Saya sendiri sedar perlu kena berusaha lebih keras dan kalau orang masih mahu bercakap mengenai saya sekali pun, saya tak boleh buat apa, biarkanlah mereka asalkan saya tahu apa yang saya buat,” kongsi Zain kepada Utusan Online.

Semoga Zain tabah menghadapi pengguna laman sosial bermulut celupar yang tidak habis habis mempertikaikan apa yang dilakukannya kini. Apa yang penting, Zain sedar tanggungjawabnya sebagai suami dan mempunyai usaha dalam menambahbaik kehidupan ke arah yang lebih cemerlang. (rtky/s)