fbpx

Zain Saidin Siasat Pihak Salah Guna Gambarnya

Gara-gara ingin mempromosikan pekerjaan dalam talian yang membawa keuntungan yang tinggi, ada pihak yang sanggup menggunakan gambar selebriti terkenal bagi melariskan perniagaan mereka. Itulah yang terjadi kepada Zain Saidin apabila gambar beliau dan anaknya, Aaisyah Dhia Rana digunakan dalam satu laman web yang menawarkan kerja dalam talian.

BACA: Zain Saidin: Che Ta Tak Perlu Berlakon, Tumpu Perniagaan

“Saya tidak tahu tentang perkara ini dan akan meminta pihak pengurusan saya untuk siasat dengan lebih lanjut. Saya tidak menyedari gambarnya digunakan dengan nama orang lain di laman web berkenaan,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang sewenangnya mengambil gambar beliau sebagai bahan promosi.

Sementara itu, Zain telah meminta pihak pengurusannya untuk meneliti laman web terbabit yang menggunakan gambarnya sebagai tarikan untuk orang ramai menyertai kerja dalam talian tersebut bagi mengelakkan sebarang masalah lain yang lebih besar bakal timbul. Malah ianya juga bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai mengenai penglibatan beliau dalam perniagaan itu.

Dimaklumkan laman web berkenaan juga antara lain memaparkan artikel bagaimana seorang rakyat Malaysia kononnya mampu meraih pendapatan lumayan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit sebulan selepas menyertai aktiviti kerja dalam talian itu. Dalam laman web itu juga turut terkandung gambar Zain dengan anak perempuannya sebagai tarikan promosi itu. (rkty/w)