fbpx

“Memang Ada Pihak Yang Nak Tengok Kami Berpisah”

Enggan menceraikan isterinya, meskipun Adira Suhaimi nekad untuk bercerai, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Dato Red mengakui wujud campur tangan orang ketiga dalam kemelut rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, Dato Red memberitahu ada pihak yang mehu melihat mereka berpisah dan sebagai ketua keluarga dia akan sedaya upaya menyelamatkan rumah tangganya.

BACA: “Saya Tangguh Mohon Cerai Sejak April Kerana Hamil”

“Memang ada pihak yang ingin melihat kami berpisah. Saya pun tak tahu kenapa. Benda baik pun ada yang menghalang.

“Sebagai ketua keluarga saya akan cuba mempertahankan rumah tangga kami meskipun tangan ajaib itu dalam kalangan keluarga sendiri,” katanya.

Mengakui sebagai manusia dia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan, Dato Red berkata dia akan cuba memperbaiki diri dan belum terlambat untuk perbaiki perkahwinan mereka.

“Sebelum ini saya akui tidak pikul tanggungjawab dengan serius. Saya leka dengan banyak perkara. Malah dulu ketika sibuk dengan urusan duniawi, saya pernah kata kalau perempuan pergi dalam hidup ini, boleh cari lain.

“Tapi sekarang saya tak nak semua itu. Allah sudah memberi petunjuk, walaupun dah terlewat tapi saya masih ada harapan sebelum perkahwinan ini hancur,” katanya.