fbpx

Memandu 152 Km Setiap Hari, Punca Isteri Ajak Sakit Tulang Belakang

Pelawak Ajak Shiro berkongsikan isterinya, Nur Afifah Amin kini berdepan sakit tulang belakang akibat memandu jarak jauh,152 kilometer dari rumah ke tempat kerja setiap hari.

Memetik Kosmo, Ajak berkata isterinya berulang alik dari rumah mereka di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor ke sebuah sekolah di Nilai, Negeri Sembilan setiap hari demi menjalankan tugasnya sebagai guru.

BACA: Ajak Shiro Bangga Anak Sulung Mampu Urus Jenazah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

“Dia sakit tulang belakang. Berdasarkan Pengimejan Resonan Magnet (MRI) pagi semalam doktor nasihat jangan memandu lama.

“Setiap hari, dia memandu dari Bandar Utama, Selangor sampailah ke sekolahnya di Nilai. Hantar anak main bola dan tuisyen lagi, jadilah 152 kilometer (km) sehari. Ini rutin harian dia. Kalau saya tidak kerja barulah saya akan bantu dia ambil dan hantar anak-anak,” katanya.

Menurut Ajak lagi, dia turut isterinya agar tidak terkejar-kejar ke tempat kerja serta tidak terlalu memikirkan dengan tindakan yang bakal kenakan sebaliknya lebih mementingkan kesihatan.

“Lepas ini sakit, ambil cuti sahaja. Kalau tidak larat bawa kereta, berhenti rehat tepi jalan. Kalau datang lambat ke sekolah biar sahaja mereka ambil tindakan, yang penting jaga kesihatan.

“Saya percaya ramai lagi guru lain yang ada masalah permohonan pindah tidak dilayan. Alasan ikut suami pun dia tidak pandang, kena bagi sebab teman lelaki baru dia lepas kot,” katanya.

Sebelum ini, Ajak meluahkan rasa terkilan apabila permohonan isterinya untuk berpindah ke sekolah lebih dekat sudah lima kali ditolak.