fbpx

“Meluat Dengan Emma, Semua Lelaki Berduit Kau Nak”

Sejak menang dalam Pilihan Raya Umum baru-baru ini, nama Syed Saddiq menjadi bualan ramai. Ahli Perlimen Muar ini ternyata mempunyai impaknya sendiri. Bukan saja seorang yang bijak, malah memiliki rupa paras yang kacak.

Berikutan kemenangannya, pelakon Emma Maembong memuat naik gambarnya bersama Saddiq berserta ucapan tahniah. Disebabkan gambar tersebut, rata-rata netizen cuba menimbulkan spekulasi dengan mengatakan Emma cuba menggoda Saddiq.

BACA: Kamal Adli Tidak Akan Putus Asa Pujuk Emma

Emma menjelaskan tiada istilah mahu mengorat kerana dia sudah mengenali Saddiq sebelum dia bergelar ahli Perlimen lagi. Tambah Emma, Saddiq pernah menghadiri beberapa acara yang dianjurkan olehnya dan ke majlis tanyangan filem lakonannya.

Namun seperti biasa, tidak semua netizen boleh terima penjelasan tersebut. Ada juga yang mengatakan, Emma seorang kaki kikis dan hanya inginkan lelaki berduit sahaja.

Semua dia nak bolot si Emma ni

Mungkin secara kebetulan orang yang berada di sekeliling Emma adalah dikalangan mereka yang ‘berada’. Tak pasal-pasal ramai yang puas hati bila Emma berkawan dengan Saddiq.