fbpx

Melly Goeslaw Rakam Lagu Berunsur Agama ‘Demi Cinta’ Untuk Filem

Lama kita tidak dengar perkhabaran baru bintang berbakat dari seberang ini — Melly Goeslaw.

Pernah membuai perasaan peminat hiburan Malaysia dengan lagu lagu hits ciptaan beliau seperti Jika, Menghitung Hari & Hati Yang Terpilih, karya Melly Goeslaw sering di’nanti.

Terbaru, Melly Goeslaw baru sahaja menyiapkan sebuah single bertajuk ‘Demi Cinta’ sebagai OST filem Di Bawah Lindungan Kabah.

Lagu baru yang di’nyanyikan sendiri oleh Melly Goeslaw ini di’khabarkan siap hanya dalam beberapa hari sahaja.

Beliau mengakui yang sekarang beliau sedang sibuk dengan pembikinan album penuh terbaru beliau tetapi memberi ruang untuk merakamkan lagu ini selepas di’minta pihak produksi filem.

Kami belum berjaya menemui versi penuh lagu ‘Demi Cinta’ ini namun anda boleh dengarkan preview 30 saat di’laman perkongsian 4shared.

Untuk preview 30 saat, kami rasakan lagu baru ini ada potensi untuk hits. Klasik Melly Goeslaw. via KapanLagi.com