Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok menjadi perhatian ramai memaparkan kekasih hati Shuib Sepahtu iaitu usahawan Watie Hanifiah.
Menerusi video itu, kelihatan usahawan itu memakai blazer berwarna ‘cream’ dan sedang berjalan dengan penuh bergaya.
BACA: “Dari 58 Kg To 68 Kg, Nak Salahkan Siapa Sebenarnya Ni? – Watie
Bagaimanapun, caranya berjalan dikritik oleh netizen serta ada yang mengatakan mereka tidak berkenan.
Tidak kurang juga, ada mengatakan mereka lebih suka jika Shuib bersama dengan aktres, Wan Sharmila yang disifatkan lemah lembut dan sopan.
Namun, menerusi Insta Story Watie mendedahkan ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan identiti dirinya dan membuat akaun TikTok. Kata Watie lagi, dia hanya mempunyai satu akaun TikTok sahaja.