fbpx

“Dari 58 Kg To 68 Kg, Nak Salahkan Siapa Sebenarnya Ni? – Watie

Umum mengetahui hubungan pelawak Shuib Sepahtu dan usahawan, Watie Hanifiah bukan lagi rahsia. Malah, Shuib berkata hubungan mereka turut mendapat restu ibunya, Salamiah Jalani.

Baru-baru ini, perkongsian Watie menjadi perhatian apabila berkongsikan berat badannya sudah bertambah 10 kilogram.

BACA: “Biarlah Shuib Nak Kahwin, Dia Lelaki Mana Boleh Tahan Lama-Lama” – Zarina Zainuddin 

Menerusi entri itu, Watie juga sempat berseloroh siapa yang mahu dipersalahkannya sehingga beratnnya naik daripada 58 kilogram kini menjadi 68 kilogram.

Perkongsian Watie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengusik berat badan usahawan itu naik mungkin disebabkan kerana sedang bahagia bersama Shuib.

Terdahulu, Shuib berkata dia dan Watie sudah ada perancangan untuk berkahwin namun belum dapat dipastikan tarikhnya lagi.

Menurut, Shuib dia tidak pernah melupakan arwah isterinya, Siti Sarah namun kehadiran Watie dalam hidupnya adalah takdir yang ditentukan.