fbpx

Megan Fox Diundi Sebagai Pelakon Wanita Paling Teruk & Seksi 2009

Peminat telah bersuara. Walaupun kami sayang Megan Fox, tapi bakat lakonan beliau tidak dapat kami sanjung.

MovieFone.com baru-baru ini mengeluarkan satu senarai lengkap hasil undian para peminat filem terhadap pelbagai cabang penting dalam dunia perfileman.

Megan Fox yang banyak menghiasi media sepanjang tahun 2009 di’undi sebagai pelakon wanita paling teruk & juga pelakon wanita paling seksi.

Untuk menambahkan perisa, Transformers: Revenge of the Fallen arahan Michael Bay telah di’undi sebagai filem paling teruk & mengecewakan untuk tahun 2009 — namun berjaya menjadi filem aksi terbaik.

Dalam undian yang sama New Moon berjaya menjadi filem terbaik pilihan peminat mengalahkan blockbuster lain seperti Avatar, Inglourious Basterds & Up.