Pelakon Meerqeen menafikan dakwaan bercium dengan aktres Mimi Lana di sebuah kelab malam seperti yang tular baru-baru ini.
Memetik Harian Metro, Meerqeen berkata dia tidak akan melakukan perkara tersebut bersama Mimi yang dianggap sebagai rakan selebriti.
BACA: Amir Ahnaf Nafi Rampas Anna Jobling Daripada Meerqeen
“Saya tak layan apa-apa yang keluar di media sosial sehingga boleh menjejaskan kerjaya saya. Ketika kontroversi itu timbul saya tiada di Kuala Lumpur pun kerana terbabit dengan penggambaran. Malah saya terkejut apabila terbaca mengenai gosip itu. Ia tidak berlaku langsung.
“Bodohlah saya jika saya melakukan hal sedemikian. Sebab itu saya tak ambil peduli langsung mengenai perkara itu,” katanya.
Dalam pada itu, Meerqeen berkata dia sudah pun berhubung dengan Syafiq bagi menjelaskan perkara sebenar kepada aktor itu.
“Syafiq adalah rakan saya dan kami berada dalam bidang yang sama. Saya sudah bercakap dengan Syafiq bagi menjelaskan perkara ini. Kami sudah ‘man to man talk’,” katanya.
Sebelum ini hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan seorang pelakon baru meningkat naik bercium di kelab malam dengan seorang pelakon popular berstatus tunangan orang.