fbpx

Maya Karin Tolak 10 Tawaran Lakon Filem Selepas ‘Ombak Rindu’

Maya Karin Tolak 10 Tawaran Lakon Filem Selepas 'Ombak Rindu'Ya, kisah tentang Maya Karin lagi hari ini walaupun empunya badan kini jauh di bumi Nepal sedang enak mendaki gunung bersama bapanya. Enak’lah sangat.

Satu laporan di akhbar harian Kosmo! hari ini menyebut yang Maya Karin semakin selektif dengan portfolio seni beliau apabila menolak 10 tawaran sejak Ombak Rindu.

Menariknya, kesemua tawaran itu adalah untuk beliau muncul dalam filem yang jika di’terima semua’nya, bakal menjadikan wajah Maya Karin sebagai wajah wayang 2012.

“Saya memang selektif dan selepas Ombak Rindu, saya telah menolak lebih 10 tawaran berlakon filem daripada pelbagai produksi,” ujar Maya Karin ketika di’temui baru baru ini.

Satu satunya filem yang menampilkan Maya Karin adalah karya adaptasi Lagenda Budak Setan 2 yang akan ke pawagam pada 29 November 2012 nanti di’bawah arahan Sharad Sharan.

Dalam laporan yang sama, Maya Karin turut menafikan yang beliau mempunyai hubungan cinta dengan orang kuat Lotus gara gara kemunculan beliau di garaj pasukan Formula Satu itu.