"Ya Saya Berkawan Dengan Nik Nazmi"
Hairan kenapa dirinya dikaitkan, Maya Karin tampil menafikan menjadi punca keruntuhan rumah tangga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang baru sahaja bercerai dengan Dr Imaan Abdul Rahim selepas 14 tahun berkahwin.
BACA: Maya Karin Dedah Pengalaman Diserang Anxiety
Mengakui mengenali ahli politik itu sebagai kenalan biasa, Maya menegaskan ia tidak bermakna beliau mempunyai hubungan istimewa seterusnya menjadi pihak ketiga dalam hubungan Nik Nazmi dan isteri.
“Saya berkawan dengan ramai ahli politik. Pada usia saya sekarang ini, saya lebih selesa untuk berkenalan dan berbincang dengan golongan tersebut, dan ya, saya kenal dengan dia (Nik Nazmi)”
“Tetapi saya tidak tahu dari mana datangnya cerita ini dan kenapa saya dikaitkan. Saya berharap mereka (Nik Nazmi dan bekas isteri) dapat menghadapi dugaan itu dan teruskan menjalani kehidupan,” katanya.
Sementara itu ketika ditanya mengenai dakwaan ini, Nik Nazmi mengambil pendirian untuk mengunci mulut dan meminta semua pihak menghormati privasi beliau dan isteri menghadapi waktu yang sukar ini. (rtky/w)
- SUMBER
- M Star Online
muka pan asia, hidung tetap belacan..
Yg ko sakit hati dgn hidung dia dah knp? Sakit otak…
I dont think maya nak dia ni la .. eeuuww
To jantan, nasib baik ada perempuan nak kau, hidup dengan kau bertahun-tahun (iaitu isteri yang kau ceraikan)
Hauk betul la kau ni
Kesian anak bini
Cuba la semenggah sikit pe’el tu
buat apa la maya kwn dgn ahli2 politik? mereka cerdik pandai ke? serabut otak..ramai yg hipokrit!
hahaha……
Tak perlulh ahli politik