fbpx

Maya Karin Dedah Pengalaman Diserang Anxiety

Pelakon dan penyanyi Maya Karin baru-baru ini mendedahkan pernah berdepan berdepan detik mencemaskan apabila diserang Anxiety atau perasaan gemuruh.

Berkongsikan pengalamannya itu, Maya memberitahu dia sukar untuk bernafas walaupun ketika itu dalam keadaan tenang dan tangannya akan menggigil secara tiba-tiba.

BACA: Peminat Maya Karin Bergaduh Gara-Gara ‘Babi’

“Macam ni la perasaan saya 30 saat sebelum nak buat persembahan kat Maharaja Lawak Mega 2018 dengan Shiro.

“Tapi terpaksa terjun. I’m trying to conquer my general anxiety problem yang dah semakin lately, over simple things. Omg I felt like I’m gonna die. Tak boleh bernafas. Severe anxiety is a weird thing. Tiba-tiba je my hands can shake walaupun jalan-jalan kat mall je,” tulisnya menerusi Instagram.

Perkongsian Maya itu mendapat perhatian netizen dimana ada yang berkongsikan pernah berdepan masalah yang sama seperti pelakon cantik itu.

Bagi kebanyakan orang, rasa panik, fobia, gugup, gementar atau bimbang adalah lumrah dan hanyalah sementara. Tetapi sebenarnya jika keresahan berlaku terlalu kerap ia merupakan satu gangguan yang tidak normal.