Mawi Kongsi Pengalaman Berada Di Bumi Palestin, Israel
Berpeluang menjejakkan kaki di bumi Palestin dan juga Israel pada Mei lalu, Mawi menjelaskan pengalaman berada di sana adalah jauh berbeza daripada apa yang digambarkan di dada media dan akhbar.
BACA: Mawi Tidak Berhasrat Untuk Pindah Kerana ‘Orang Bunian’
“Kita biasa dengar tentang bahaya dan bermacam lagi cerita mengenai keadaan di dua negara ini tetapi apabila saya sampai di sana, ia sebenarnya berbeza dengan apa yang sering digambarkan. Apa yang boleh saya katakan, temnpat-tempat tersebut suasananya harmoni dan persekitarannya bersih”
“Bayangkan, Tel Aviv suasananya seperti di Singapura, bersih. Kami masuk ke negara tersebut melalui Jordan. Saya bersama 10 kru saya dan selebihnya adalah ahli rombongan yang hendak pergi bercuti.
“Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma, setibanya kami di sempadan Tel Aviv, kami menjalani pemeriksaan ketat dan ditahan lebih kurang tiga jam. Kami dimaklumkan kerana masalah pasport sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan,” jelas Mawi kepada Malaysian Digest.
Selain itu, Mawi juga sempat mengunjungi beberapa tempat penting seperti masjid Al-Aqsa, masjid Buraq selain turut terserempak dengan remaja yang membawa senjata (pemandangan biasa penduduk di sana) ketika berkunjung ke pasar malam di sana sehingga membuatkan dia meremang bulu roma. (rtky/s)
BAGOS MAWI…………..MELAWAT TEMPAT GINI LAGI BAGOS DARI MELAWAT KE NEW YORK ATAU NEGARA2 SEANGKATAN NYA………….
hrp Che Ta & Zain pun dpt melawat kat sini jgak bawak aishah & abng die..
negeri2 islam di sana memang menarik dan unik.
kalau nampak AA jgn tak tegurrrrr
Aik!! mcm mane dia boleh masuk israel ni?? dalam passport terang-terang dah cakap semua negara boleh kecuali israel..dia dpt pas vvvip ke? pelik..
dia bukan direct dari malaysia pun. jordan sebelah israel je. macam kelantan pergi sungai golok
dari seorang anak peneroka ……sekarang mawi dah kaya biarpun dia dah tak popular….tuah manusia siapa tahu!!