fbpx

Mawi Tidak Berhasrat Untuk Pindah Kerana ‘Orang Bunian’

Sebelum ini heboh diperkatakan apabila rumah Mawi dipecah masuk kali kedua, jika anda sendiri sudah pasti trauma dengan kejadian tersebut namun bukan Mawi.

Kejadian pecah masuk yang berlaku bulan April yang lalu disebabkan penceroboh tersebut mengatakan ternampak kelibat orang bunian di rumah Mawi.

“Selepas kejadian saya hanya berserah kepada Allah untuk segal kemungkinan, buat masa ini saya tidak berhasrat untuk pindah.”

Pada kejadian, seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh berusia 40-an bertindak memecahkan tingkap dapur rumah juara program Akademi Fantasia itu dan mendakwa melihat kelibat sepasang orang bunian berlegar-legar dalam rumah penyanyi itu.

Dalam pada itu, Mawi berkata, kes berkenaan telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk disiasat dan berharap kejadian serupa tidak berulang lagi.

“Ini adalah kali kedua rumah saya dimasuk orang dan walaupun dia mendakwa ternampak bunian dalam rumah, saya tetap serahkan dia kepada pihak polis kerana menceroboh kediaman saya,” katanya.