fbpx

Mawi Bakal Terbitkan Biografi Kisah Hidupnya

Penyanyi dan penyampai radio, Mawi memaklumkan bakal menerbitkan sebuah biografi tentang dirinya yang akan dikeluarkan pada bulan hadapan.

Menurut Mawi, biografi tersebut merupakan catatan kehidupannya sejak menyertai Akademi Fantasia hingga sekarang.

BACA: Walau Dah Tak Glamour, Hidup Mawi Kini Lebih Tenang

“InshaAllah akan dilancarkan pada penghujung Disember depan. Buku ini adalah kisah hidup saya. Saya nak kongsi sebagai inspirasi kepada semua pembaca,” katanya.

Kata Mawi lagi, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menerbitkan sebuah biografi namun perjalanan pada ketika itu belum cukup kuat.

Dalam pada itu, Mawi berkata dalam biografi tersebut akan dikongsikan cerita ketika zaman kegemilangannya serta pengalaman pernah berdepan gangguan mistik.

“Saya nak kongsi waktu kegemilangan. Tetapi selepas itu ada fasa lain ketika saya berdepan gangguan-gangguan (mistik) yang tidak saya ceritakan kepada umum. Ketika itu, saya rasa seperti mati kemudian hidup semula. Saya nak kongsi pengalaman itu,” katanya.