Walau Dah Tak Glamour, Hidup Mawi Kini Lebih Tenang
Meskipun namanya tidak lagi serancak dulu, penyanyi Mawi berkata dia kini selesa dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang.
Menganggap populariti yang diraih selepas menjuarai Akademi Fantasia 3 (AF3) pada 2005 adalah rezeki yang sudah tertulis, Mawi berkata ketika itu dia langsung tidak menyangka.
BACA: Oh Ini Sebabnya Kenapa Mawi ‘Sepi’ Seketika Dalam Industri…
“Alhamdulillah saya impikan kehidupan sekarang kerana lebih selesa begini. Kalau dulu hari-hari saya berdoa agar Tuhan kembalikan hidup saya yang asal.
“Jujur pada waktu kegemilangan dulu saya tak bersedia dan tak terfikir langsung akan jadi sebegitu besar. Saya ingatkan lepas keluar AF saya hanya terima tempias populariti sedikit tapi tak sangka Tuhan susun perjalanan saya begitu.
“Kalau dulu memang tak boleh jadi diri sendiri. Saya akui terkejut dan masih tercari-cari identiti. Belum lagi hidup saya diganggu pada waktu malam sampai tak boleh tidur. Tapi itu semua cerita lama. Kini saya rasa tenang dan selesa,” katanya.
Pasti ramai masih ingat lagi dengan gelomban Tsumawi dan Raja SMS, Mawi berkata gelaran itu diberikan daripada orang luar bukan daripada mulutnya.
“Soal rezeki bukan kita yang rancang tapi berlaku tanpa kita sedar dan jangka. Saya masuk AF3 dulu pun sebab nak jadi penyampai radio dan Alhamdulillah saya kini bergelar penyampai radio di Zayan FM.
“Berkenaan gelaran pula orang luar yang cakap dan bukan daripada mulut saya. Apa yang berlaku pada ketika itu adalah ketentuan yang sudah Allah tetapkan dan tiada yang mustahil. Saya anggap sebagai ‘kun faya kun’.
“Jadi kalau kita tengok orang berjaya hari ini, tak perlulah kita pertikai. Ini kerana, sudah tertulis rezeki mereka begitu,” katanya.
Terdahulu, Mawi ada memuat naik foto bersama rofi kemenangan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2005.
- SUMBER
- Harian Metro
Elok la duduk diam2.. xde sapa pun dah minat hg la ni.. suara pun xlaku dah
yup… semuanya ketentuan Tuhan… apa2 pun masa zaman Mawi, aku pun dok tumpang menjada salah sorang peminat… power gile aura Mawi masa tu..
Ini ayat biasa bg retis sendu yg penah popular. Dia cmni kalau rasa rimas dgn perhatian peminat elok bersara je dari jd artis! Ko pun dah kaya, mcm laa xde keje lain boleh dtg kan hasil yg mewah? Ni x tetap gk nk keluar dgn lagu2 yg ntah apa2, arah drama yg syok sendiri. Please laa weyy!
Mmg la ketentuan Tuhan xkan ketentuan Astrok plak??? Bab rezeki ni subjektif x semua org dpt apa yg mrk mau tp Tuhan dah tetapkan apa yg kita perlu ada. Jd x semua org dpt bhgn yg sama atau setara. Ada org diberi duit, harta dan keluarga, ada org diberi perniagaan yg maju, ada org serba sederhana tp sngt bahgia dgn keluarga dan ramai jugak org x bersyukur dgn apa yg dia ada sampai sanggup ambil hasil haram utk puas kan hati dia.
Ye ke tenang ni mawi? Msti kau asik tringat masa org menjulang nama kau nk g memana siap dgn bodyguard sume..skg da x femes msti boringkan..ckp mulut tenang konon tp dlm ht klau still glamour alangkah bagusnya huhu..
minat mawi ni… bgus la..
ank pn dh besauuu…
Sorry nie sapo ya?