fbpx

Mawar Rashid Terima Banyak Tawaran Berlakon Selepas Kontroversi GST

Walaupun menerima banyak kritikan dan kata kata kurang enak dari orang ramai selepas video beliau ditemubual untuk program Dewi Remaja 2014/15 tersebar, Mawar Rashid masih mahu melihat apa yang terjadi dari sudut positif dan percaya ianya satu perkara yang baik.

Bercakap kepada mStar Online semalam, Mawar Rashid mengakui yang beliau menerima banyak tawaran untuk berlakon selepas kontroversi GST tersebut dan menganggap ianya satu hikmah dan rezeki buat dirinya selepas menjadi perhatian ramai.

BACA: Mawar Rashid Akui Patah Semangat Kerana Kontroversi Tidak Tahu GST

“Saya tidak mahu bercakap mengenai isu (GST) ini lagi tetapi benar kontroversi tersebut telah memberi hikmah yang besar buat diri saya. Sejak isu tersebut menjadi viral, saya sering menerima tawaran lakonan pula. Alhamdulillah, dalam keadaan yang sangat serabut, Allah membuka pintu rezeki saya,” ujarnya.

Dalam temubual sama, Mawar rashid turut mengakui yang beliau kini sudah belajar lebih banyak tentang pengetahuan am dan lebih berjaga jaga dalam pertuturan ekoran apa yang dikritik ramai sebelum ini menyifatkan dirinya sebagai kurang bijak.

“Saya tahu macam-macam orang kutuk saya sebagai contoh tidak cerdik. Tak mengapa, itu semua pengajaran buat saya untuk menjadi seorang yang lebih pekla terhadap perkembangan semasa. Saya ingin menjadi seorang yang berguna buat masyarakat,” tambahnya lagi. (rtky/m)