fbpx

Mawar Rashid Tamatkan Diploma Walaupun Sarat Hamil

Mungkin ramai yang tidak tahu, Mawar Rashid telah menyambung pengajian di peringkat Diploma di sebuah kolej swasta. Dan semalam dengan keadaan yang sarat hamil, Mawar hadir ke hari graduasi konvokesyennya.

BACA: Baru 5 Hari, Ucapan Birthday Mawar Rashid Raih RM1,000

“Alhamdulillah, ia menjadi kegembiraan berganda buat saya apabila menaiki pentas bukan berseorangan, sebaliknya bersama bayi dalam kandungan. Siapa sangka, saya berjaya menamatkan pengajian dalam keadaan sarat begini?”

“Lebih bermakna, kejayaan saya turut diraikan keluarga. Biarpun mengambil masa lebih lama untuk menamatkannya kerana urusan kerjaya dan mendirikan rumah tangga, keluarga serta suami banyak memberikan saya kekuatan”

Berjaya sampai ke tahap ini, kini Mawar memasang niat untuk menyambung pengajiannya ke peringkat lebih tinggi lagi. Malah Mawar juga ingin mempraktikkan ilmu perniagaan dalam bidang kosmetik.

“Bukan mudah sebenarnya, tetapi saya berazam untuk membuat ibu berbangga dengan kejayaan ini. Begitupun, saya memang memasang impian ke arah itu. Malah, saya kini turut mempraktikkan ilmu yang dipelajari dengan menjalankan perniagaan kosmetik,” jelasnya.

Tahniah buat Mawar yang mampu menamatkan pengajian biarpun sibuk menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak tirinya. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar graduasi Mawar bersama keluarga. (rtky/w)